Tuesday, February 5, 2013

Makanan kegemaran Rasulullah saw



Bismilahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum & Hai semua :D

Have you had your shake today?


Entry kali ini Yaya nak berkongsi tentang amalan pemakanan dan makanan kegemaran baginda Rasulullah saw yang sudah tentunya sihat dan boleh kita amalkan.. :D


Rasulullah tidak memilih  makanan asalkan halal lagi suci.



Firman Allah dalam suruh Ah-Nahl ayat 114,
“Oleh itu, makanlah wahai orang-orang yang beriman dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang HALAL lagi baik & bersyukurlah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.”


Dan Baginda tidak makan makanan yang panas, Nabi bersabda:

"Makanan yang masih panas itu kurang berkat, sesungguhnya Allah tidak menganugerahkan api sebagai makanan kita, maka sejukkanlah makan itu sebelum dimakan"

Oke check it out 12 makanan Rasulullah gemari. Selain membantu untuk kurangkan rasa 'craving' ianya turut memberi tenaga dan sudah tentunya berkhasiat juga..




1. Barli
seperti semua sedia maklum barli digunakan sebagai penawar kepanasan

2. Kurma (buah thamar)
Kurma mempunyai kemanisan yang memberi tenaga, ianya tidak akan memberi tindakbalas terhadap pesakit diabetis kerana kandungan gula yang terdapat dalam kurma adalah gula yang diperlukan didalam badan. Kita dianjurkan untuk mengambil kurma setiap hari.

3. Buah Tin
Allah telah berfirman tentang buah Tin didalam al Quran. Kenapa istimewa sangat kah buah Tin ni? Terkandung dalam surat at-Tin dimana Allah berfirman atas nama buah tin dan buah zaitun. Beberapa hadis menerangkan kelebihan buah buah ini:

Riwayat dari Abu Zar RA: bahawasanya Nabi saw dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Baginda mengajak para sahabat makan. Nabi turut makan, kemudian Baginda saw bersabda:

"Kalau aku katakan tentang buah yang diturunkan dari syurga nescaya aku katakan inilah dia. Kenara buah buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya ia menghentikan penyakit buasir serta bermanfaat untuk sakit sakit badan"

Buah Tin kering mengandungi kurang air dibandingkan dengan buah Tin yang segar iaitu lebih kurang 23%. Buah Tin kering juga membekalkan 6 kali lebih banyak kalori daripada buah segar. Pengeringan buah Tin mengakibatkan pemekatan nutrisi didalamnya yang menjadikan lebih kaya dengan protin, lemak karbohidrat, vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasiu. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah,

4. Buah anggur
Nabi suka makan buah anggur. Ia mebersihkan darah, menguatkan buah pingagang dan mebersihkan perut.

5. Madu
Ia adalah makana bagi segala makanan, minuman bagi segala minuman, ubat bagi segala ubat
 Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis)

Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu

Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan 

Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun 

Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima

 Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air 

Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.


“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.”


Wallahu'alam..

2 comments:

Brother said...

selain tu,Rasulullah jg sgt menyukai buah labu,manisan,kaki kambing,madu..bagindA jg mnyukai minuman manis yg sejuk..andai ad ksilapan,mohon dperbetulkn :)

Hidayah Shahid said...

@ Brother: Yup, betul2.. labu juga kesukaan nabi :)