Wednesday, February 27, 2013

"innama yuwaffas-sobiruuna ajrohum bighori hisaab." 
-Indeed, the patient will be given their reward without account. | 39:10

“Kadang-kadang atas sebab apanya ujian itu datang? Kerana kita telah durhaka pada Allah? Kerana kita telah lupa pada Allah? Kerana kita kurang beribadat pada Allah?


Jangan bernegatif. Pessimist. Bersangka baik dahulu dengan Allah.


Sebenarnya Allah Melihat. HambaNya itu betul-betul dikasihiNya. Mahu dimasukkanNya ke dalam syurga mengikut tahapan tertinggi. Namun si hamba masih belum cukup kelayakannya untuk melangkah masuk, apatah lagi untuk menjadi penghuni syurga di atas itu. Lalu terus ditimpakan lagi ujian padanya bertubi-tubi. Selepas satu ujian datang lagi ujian yang lain. Berterusan sehingga lelah. Supaya-nya,  


terus meningkat nilai taqwa dan iman di hati.


Sehingga betul-betul layak untuk menduduki syurga tertinggi itu.”

-Ustaz Hasan Din

Incomplete

Bismilahirrahmanirrahim..

"And among His signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquility in them; and He placed between you affection and mercy. Indeed in that are signs for a people who give thought." 

(al-Quran, Surah ar-Ruum, Ayat 21)

Tuesday, February 19, 2013

Mencari keberkatan masa

Bismilahirrahmanirrahim..
Pengurusan masa antara salah satu dalam Muwasoffat Tarbiyyah untuk membina individu muslim..Aku terpukul dikala membaca karya Dr MAZA, sentap juga apabila membaca salah seorang sahabat menegur secara umum tentang pengurusan masa yang mantap.. ;'(
Muhasabah!
Namun, itu bukan tanda kehinaan buatnya. Bahkan jika dia hamba Allah yang baik, umurnya dan waktunya dilimpahi pahala dan keberkatan. Ya, waktu dan masa akan terus menjelang, mengejar sang raja, juga mengejar si miskin yang tiada apa-apa. Mengejar kita semua untuk sampai ke perhentian masing-masing. Pabila sampai ke detik penghabisan, kita bertemu Tuhan. Ketika itu yang dinilai adalah hakikat yang sebenar, antara insan yang beruntung dan insan yang rugi.
Untuk itu Allah bersumpah dengan masa dan mengingatkan kita, siapa yang untung dan siapa yang rugi. Firman Allah dalam Surah al-‘Asr: (maksudnya)
“Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3).
Demikian Tuhan Pencipta masa memutuskan bahawa insan yang hidup dalam sistem masa ini akan kerugian. Apa yang dapat menyelamatkan mereka adalah apabila mereka penuhi ciri-ciri yang disebutkan; iman, amal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.
Ertinya, hidup bukan sekadar beriman dan beramal, tetapi hendaklah memperjuangkan tuntutan iman dan amal dengan melakukan peringatan, dakwah, seruan kepada kebenaran dan kesabaran. Kebenaran yang diajar oleh Allah dan rasulNya dan sabar dalam membahterai perjuangan kebenaran itu.
Jika sebahagian pengkaji cuba memahami dan membuktikan apa yang disebut oleh Albert Einstein dan Newton tentang teori relatif masa (relativity of time), Islam pula telah lama memperkatakan tentang keberkatan umur dan waktu. Mereka yang meterialis barangkali tidak dapat berfikir bagaimana mungkin masa seseorang insan dengan seorang yang lain berbeza. Bagaimana mungkin sejam si A lebih panjang daripada sejam si B?. Mereka kehairanan dan pemikiran materialistik memang tidak dapat menerima hal ini.
Dalam Islam ada istilah berkat atau barakah. Al-Quran berulang-ulang menyebut tentang keberkatan. Antaranya firman : (maksudnya)
“Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka keberkatan-keberkatan dari langit dan bumi”. (Surah al-A’raf, 96).
Allah perintahkan Nabi Nuh: (maksudnya)
“Dan berdoalah: Wahai Tuhanku, Turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat”. (Surah al-Mukminun 29).
Kata Nabi Isa: (maksudnya)
“Allah menjadikan aku ini diberkati di mana sahaja aku berada..” (Surah Maryam, 31).
Apakah itu berkat atau barakah dalam bahasa Arab? Asal perkataan barakah ialah bertambah atau berkembang. Juga boleh bermaksud berkekalan. Al-Asfahani (meninggal 425H) menyatakan ia bermaksud kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu. (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam).
Maka barakah adalah penambahan atau kelangsung kebaikan atau kurniaan Allah kepada sesuatu. Jika Allah berkati masa kita bererti berlaku penambahan dan kebaikan. Maka sejam yang diberkati tentu berbeza dengan sejam yang tidak diberkati. Setahun yang diberkati tentu berbeza dengan setahun yang tidak diberkati. Insan-insan yang berkhidmat untuk kemaslahatan manusia, Allah berkati umur mereka. Hasil yang dikeluarkan dan jasa ditaburkan kadang-kala tidak dapat dilakukan oleh orang lain walaupun jika berikan masa yang berganda.
Kita tidak boleh mengubah masa, tetapi kita boleh menjadi masa itu berkat dengan doa dan usaha-usaha yang ikhlas dan baik. Untuk merentasi kehidupan dan belantara masa banyak perkara kita tidak dapat duga. Kita mungkin merancang dengan perancangan yang hebat, tapi siapa yang dapat menjamin ia akan terjadi seperti yang dirancangkan.
Berapa banyak rancangan buruk orang kepada kita, Allah tukar ia menjadi keuntungan dan kebaikan. Betapa banyak rancangan yang hebat, Allah tukar ia menjadi kerdil.
Dunia ini bukan kita sahaja yang hidup. Berbagai rupa dugaan dan kerenah manusia yang lain. Saya yang dhaif ini sejak sekian lamanya amat tersentuh dengan doa Nabi s.a.w
“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”  (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Thursday, February 14, 2013

i love him dearly..

Bismilahirrahmanirrahim..



depply touched when i asked my grandma,she will going to umrah with ummi..
"nek sampaikan salam pada Baginda bila melawat makam Rasulullah :')"
tears, my voices turned  "serak" haha what that english called it? i dunno ;p
Trying to practic a simple sunnah may it deeply entrenched with our soul..

oke simple english today! the important is the content of the post hihi :)
Sollu ala nabiy ! 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ



Tuesday, February 12, 2013

Untitled


"malunya aku pada Allah, ketika aku belum lagi berusaha menjadi muslimah yang baik, aku memohon daripadanya muslim yang baik sebagai pendampingku. malunya aku pada allah…"

Semuanya milik Allah..

Bismilahirrahmanirrahim.


Monday, February 11, 2013

Hanyalah wanita biasa

"aku hanyalah wanita biasa yang berusaha menjadi terbaik dalam tiap bicara dan perlakuan,kala terang mahupun sembunyi dari pandangan makhluk tuhan.
aku juga wanita yang terbiasa dengan kesilapan dan seringkali terikat dengan pandangan manusia dari pandangan tuhan.
namun dalam kebiasaan itu,
aku adalah wanita biasa yang mampu menjadi sebaik-baik makmum dan memerlukan sebaik-baik imam yang mampu mendahului segala kebiasaanku dengan tertib dan bersahaja.
walau dimana dia berada,sebelum menemui bakal imamku,
maka,aku mahu berusaha menjaga hati dan berusaha menjadi sebaik-baik khalifah allah..
di bumi ciptaannya hingga ke pertemuan akhirat sana. =)"

Barakallah :)

Bismilahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah lately dapat jemputan jemputan sahabat sahabat, senior senior yang akan dan telah sempurnakan separuh daripada deennya.. Allhuakhbar.. :'D
Mabrouk!

Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fii khair..

Moga berchenta hingga ke syurga Allah Taala..
buat akak akak yaya doakan moga jadi isteri wa ummi solehah :)
buat bro bro please take care of my sis .. guide them, jadikan mereka wanita syurga ..

Dan dari Anas bin Malik, Sabda Rasulullah SAW

"When a man marries, he has fulfilled half of the 'deen'. 
So let him fear Allah regarding the remaining half."

(HR Tirmidhi)



 aku masih perlu terus berlari lagi. :)
Biiznillah..


Tuesday, February 5, 2013

Makanan kegemaran Rasulullah saw



Bismilahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum & Hai semua :D

Have you had your shake today?


Entry kali ini Yaya nak berkongsi tentang amalan pemakanan dan makanan kegemaran baginda Rasulullah saw yang sudah tentunya sihat dan boleh kita amalkan.. :D


Rasulullah tidak memilih  makanan asalkan halal lagi suci.



Firman Allah dalam suruh Ah-Nahl ayat 114,
“Oleh itu, makanlah wahai orang-orang yang beriman dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang HALAL lagi baik & bersyukurlah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.”


Dan Baginda tidak makan makanan yang panas, Nabi bersabda:

"Makanan yang masih panas itu kurang berkat, sesungguhnya Allah tidak menganugerahkan api sebagai makanan kita, maka sejukkanlah makan itu sebelum dimakan"

Oke check it out 12 makanan Rasulullah gemari. Selain membantu untuk kurangkan rasa 'craving' ianya turut memberi tenaga dan sudah tentunya berkhasiat juga..




1. Barli
seperti semua sedia maklum barli digunakan sebagai penawar kepanasan

2. Kurma (buah thamar)
Kurma mempunyai kemanisan yang memberi tenaga, ianya tidak akan memberi tindakbalas terhadap pesakit diabetis kerana kandungan gula yang terdapat dalam kurma adalah gula yang diperlukan didalam badan. Kita dianjurkan untuk mengambil kurma setiap hari.

3. Buah Tin
Allah telah berfirman tentang buah Tin didalam al Quran. Kenapa istimewa sangat kah buah Tin ni? Terkandung dalam surat at-Tin dimana Allah berfirman atas nama buah tin dan buah zaitun. Beberapa hadis menerangkan kelebihan buah buah ini:

Riwayat dari Abu Zar RA: bahawasanya Nabi saw dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Baginda mengajak para sahabat makan. Nabi turut makan, kemudian Baginda saw bersabda:

"Kalau aku katakan tentang buah yang diturunkan dari syurga nescaya aku katakan inilah dia. Kenara buah buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya ia menghentikan penyakit buasir serta bermanfaat untuk sakit sakit badan"

Buah Tin kering mengandungi kurang air dibandingkan dengan buah Tin yang segar iaitu lebih kurang 23%. Buah Tin kering juga membekalkan 6 kali lebih banyak kalori daripada buah segar. Pengeringan buah Tin mengakibatkan pemekatan nutrisi didalamnya yang menjadikan lebih kaya dengan protin, lemak karbohidrat, vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasiu. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah,

4. Buah anggur
Nabi suka makan buah anggur. Ia mebersihkan darah, menguatkan buah pingagang dan mebersihkan perut.

5. Madu
Ia adalah makana bagi segala makanan, minuman bagi segala minuman, ubat bagi segala ubat
 Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis)

Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu

Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan 

Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun 

Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima

 Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air 

Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.


“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.”


Wallahu'alam..

Monday, February 4, 2013

Awak!

awak.
ya..awak yang tengah baca ni.
saya tahu,jauh di sudut hati awak,
ada rahsia yang tersimpan.
ada tangisan yang tersembunyi.
ada harapan yang terlukis terang.
namun di situ,
awak memilih untuk senyum.
awak bertahan dalam diam.
awak yakin dengan doa.
tapi saya percaya di sebaliknya,
awak kongsikan segalanya pada dia yang lebih mengerti.
awak menangis dihadapannya yang jauh lebih memahami,
awak serahkan hati awak sepenuhnya.hanya untuk dia.
sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya.
kerana hatimu teguh bersama pencipta ;)