Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan Melakar Pelangi Cinta untuk Ilahi


`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。....

(sangat kreatif diaorang nie design, so kreadit pada hamba Allah yang design :D)


Bismilahirrahimanirrahim..


Allahumma bariklana fi rajab wa syaaban wa baligghna ramadhan
(ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami pada bulan Ramadhan)







Insya Allah, tidak lama lagi kita akan menyambut bulan penuh keampunan, barakah & maghfirah, bulan menggandakan kebajikan. moga Allah panjang usia untuk bertemu Ramadhan kali ini..ameen ya Rabb.





Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Berpuasalah kalian jika telah melihat bilal (anak bulan) dan sudahilah puasa jika telah melihat bilal lagi. Jika tidak nampak akannya, maka genaplah hintungan Syaaban menjadi 30 hari (Riwayat al Bukhari)

Puasa di bulan Ramadhan itu WAJIB! wajib ye adik-adik sape xpose xleh raye (teringat zaman kanak-kanak dulu, pose sebab nak raya..ish2 nama pun bebudak an.. perbetulkan niat kembali sebab apa kita perlu berpuasa)

Puasa menahan diri dari lapar dan dahaga serta daripada melakukan perkara membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari..

Pada bulan Ramadahan amalankan akan berlipat ganda,musuh ketat anda syaitan akan digari dan 1 malam lebih baik dari 1000 bulai iaitu malam Lailatul Qadar.. JADI.. Ambillah peluang sebaik mungkin Ramadhan kali ini untuk mempertingkatkan amalan ibadah, berubah kearah yang lebih baik seterusnya menjadi hambaNYA yang soleh/solehah dan bertakwa..


Anggaplah bahawa kemungkinan ini Ramadhan terakhir buat kita..
memanfaatkan Ramadhan semaksimum yang mungkin.. (pesanan khusus..Cik Yaya sila take note!)

Moga Ramadhan kali ini berbuah takwa..Allahu Rabbi..

p/s: Menyambut Ramadhan di perantauan orang lagi..Ramadhan tanpa ayahanda .. Moga tabah..insya Allah biiznilah..

Thursday, July 28, 2011

Unknown..

Bismilahirrahimanirrahim..

aku rasakan makin jauh
jauh berlayar dibalik sepi
semakin sepi membawa diri
mencari ketenangan tau melarikan diri
dari sesuatu yang tidak pasti.
kenapa masih ragu-ragu dengan ketentuan-Nya
bila sudah tertulis kau jodohku,
tulang rusuk tidak akan tertukar..
telah tercatat namamu di Loh Mahfuz
aku tercipta untuk kamu dan kamu tercipta untuk aku sejak azali
hanya Allah Yang Maha Mengetahui..
dan kita merancang,
Allah juga merancang,
sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang - (ali imran: 54)

Allah S.W.T berfirman,
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(an-Nur’:26)



Janji Allah pasti..


p/s: AKU,SAYA, KAU,AWK, KAMU muhasabah diri adakah diri sudah cukup soleh/solehah untuk mendapat soleh/solehah??









Wednesday, July 27, 2011

Ainul Mardhiah


Bismilahirrahimanirrahim..

Bidadari Syurga

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah saw bersabda

“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”
(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

ami mereka) dan tidak pula oleh jin.


Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)


Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.QS. ar-Rahman (55) : 58


Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.QS. ar-Rahman (55) : 70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah. QS.ar-Rahman (55) : 72

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,
tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar

dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak

pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

Syurga seorang wanita terletak pada redha seorang suami, selama tidak menyuruh ke arah kemaksiatan..

Jadilah wanita solehah, kerana itu akan membuatkan para bidadari cemburu padamu..


Monday, July 25, 2011

La Tahzan



Doa menghilangkan keresahan dan dukacita

Bismilahirrahimanirrahim..


للَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ. أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّيْ.

Maksudnya:

“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu, dan anak hamba perempuanMu . Ubun-ubunku di tangan-Mu keputusan-Mu berlaku padaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil.


Aku mohon kepada-Mu dengan tiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, hendaknya Engkau jadikan al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan hilangnya kesedihanku.” -Riwayat Ahmad

Monday, July 18, 2011

ya Allah kurniakanlah kebahagiaan fid duniyya wal akhirah


Bismilahirrahimanirrahim..

Ada (7) petanda kebahagiaan dunia..

Qalbun Syakirun - hati yang selalu bersyukur..
Al-Azwaju Solihah - pasangan hidup yang soleh
Al-Auladul Abrar - anak yang soleh
Al-Biatus Solihah - linkungan yang kondusif untuk iman
Al-Malul Halal - harta yang halal
Tafakkuh fid-Din - semangat untuk memahami agama
(Ibnu Abbas RA)


رَبَّنَااَتِنَافِى الدُّنْيَاحَسَنَةً وَفِى اْلاَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَاالنَّارِ

“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dankebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari

siksa neraka”.


اَللّهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ

“Ya Allah, kami memohon keselamatan agama, dan kesejahteraan badan, dan penambahan ilmu, berkat rezeki serta taubat sebelum mati, dan rahmat di waktu mati,

dan ampunan setelah mati.”

Thursday, July 14, 2011

Duhai hati..



Bismilahirrahimanirrahim..

Dan bersabarlah dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. (Al-Nahl 16:127)

Tatkala menaip post baru ni perasaan bercampur baur.. seperti sweet & sour.. (tibe2 teringat makanan fav zaman kanak-kanak) hmmm.. mengeluh..?? putus asa?? astagfirullahal'azim..
Siapalah aku, tidak layak untuk mengeluh sedemikian rupa.. baru diuji sedikit mehnah dalam perjuangan tidak setanding ujian pengorbanan Rasulullah dan para sahabat untuk menegakkan Addeen-NYA..

“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan
menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Pujuk hati.. Yakinlah dengan janji-janji ALLAH..
Allah yang mencipta semuanya..
Kepada Allah jua kita kembali..

Ya Allah moga aku diberikan kekuatan dan ketabahan..
semoga terus Tsabat dijalan MU..
Tunjukkanlah kebenaran..

Lindungilah aku daripada menjadi fitnah kepada agamaMU ya ALLAH..
aku mohon padaMU..

Alhamdulillah atas nikmat ujian yang Allah kurniakan..
Alhamdulillahi'ala kulli hal..
Segala puji bagi Allah bagi setiap hal..


Wallahua'allam..


Sunday, July 10, 2011

My hijab, my choice

Bismilahirrahimanirrahim..

Our Prophet SAW said something along the lines of

"Islam initiated as something strange, and it would revert to its old position of being strange, so good tidings for the strangers".






And say to the believing women that they should lower their gaze and guard their modesty; that they should not display their beauty and ornaments except what (must ordinarily) appear thereof; that they should draw their veils over their bosoms and not display their beauty except to their husbands, their fathers, their husband's fathers, their sons, their husbands' sons, their brothers or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their women, or the slaves whom their right hands possess, or male servants free of physical needs, or small children who have no sense of the shame of sex; and that they should not strike their feet in order to draw attention to their hidden ornaments. And O ye Believers! turn ye all together towards Allah, that ye may attain Bliss. (An-Nuur 24:31)


It is ALLAH's law..
How can I oppose..
Hijab is my way..
The way ALLAH chose..

Hasbunallah wani'mal wakil, ni'mal maula wani'mannasir..

wallahu'alam..