Saturday, December 18, 2010

Ya Allah..terimalah cintaku..

Bismilahirrahimanirrahim..



Allahumma inni as aluka hubbak, wahubba mayyuhibbuk, wal 'amalallazi yuballighuni hubbak..

Ya ALLAH kurniaknlh rasa cintaku pdMu..dan cinta pd insan yg mencintaiMU..dan beramal dgn amalan yg membawa pd cintaMU..aminn ya rabb...


alhamdulillah, all praises to Allah for HIS love & blessing..
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from YOU.. ;(



Tanda Cinta Kepada Allah

by Abu Basyer on Thursday, December 16, 2010 at 3:15pm


Sahabat yang dirahmati Allah,

Perasaan cinta dan kasih sayang adalah fitrah manusia. Manusia perlu mencintai dan di cintai. Cinta paling agong dan paling tinggi adalah cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta-cinta yang lain sesama makhluk mestilah berpaksikan cinta kerana Allah, kerana cinta bukan kerana Allah menyebabkan cinta itu palsu dan tidak akan kekal lama dan ianya berasakan nafsu semata-mata. Allah s.w.t akan murka kepada sesiapa yang mencintai orang lain bukan kerana-Nya.


Untuk mendapatkan cinta kepada Allah s.w.t seorang hamba itu mestilah membanyakkan bermunajat, solat sunat, membaca al-Qur'an dan berzikir. Lidahnya tidak kering sentiasa menyebut nama-Nya, memuji dan mengagungkan-Nya . Apabila berkumandang suara azan, jiwa dan hatinya rasa seronok kerana menuju ketempat solat menyahut panggilan mu'azin dan dapat bertemu dan mengabdikan diri kepada-Nya.


Pada waktu malam timbul keikhlasan untuk bangun dari tidur dan berdua-duaan dengan Rabb, kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!


Bukan hanya itu sahaja tetapi hati dan jiwanya seronok ketika membaca dan menghayati firman-Nya di dalam kitab suci al-Qur'an dan menganggap bahawa seolah-olah apa yang di baca dan difahami seperti Dia berkata-kata dan memberi arahan secara terus. Oleh itu iman dapat diertikan sebagai mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Seluruh ayat-Nya dianggap luar biasa hingga hamba yang mencintai-Nya sanggup berkorban jiwa , raga dan harta benda demi membela agama-Nya.


Sahabat yang dimuliakan,

Keseluruhan rasa cinta kepada Allah s.w.t. juga merasuk kedalam roh dan tubuhnya. Pada setiap tindakan sentiasa mengharapkan rahmat, ampunan dan redha-Nya. Rasa takut dan cemas selalu timbul jika Allah menjauhi, bahkan hati akan tersentuh dan takut ketika membayangkan azab Allah akibat kelalaiannya.


Hati yang cinta kepada Allah s.w.t. akan bergetar apabila mendengar nama-Nya di sebut. Sebaliknya hati bertukar menjadi tenang apabila selalu mengingati-Nya. Ia benar-benar sebuah cinta yang sempurna.


Cinta memang anugrah yang terindah dari Maha Pencipta. tetapi masih ramai manusia keliru mentafsir dan menggunakan cinta itu. Islam tidak mahu cinta dikekang, namun Islam juga tidak ingin cinta dilepaskan mengikut hawa nafsu.


Alangkah indahnya Islam! Syariat yang mengatur manusia untuk mengelola perasaan cinta yang lebih mendalam, murnia dan abadi. Cinta seperti ini digambarkan oleh Ibnu Hasym seorang ulama dan pujangga serta ahli hukum dari Andalusia Sepanyol mengatakan : "Cinta itu bagaikan pohon, akarnya menghujam ke tanah dan puncaknya banyak buah."


Sahabat yang dikasihi,

Bagi orang Mukmin yang bertaqwa tidak ada sesuatu pun yang mungkin menyamai kelebihan, kedudukan dan ketinggian cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya dan mempertahankan Deen Allah serta berjihad dijalan-Nya.


Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (Surah at-Taubah ayat 24)


Tidak syak lagi , seseorang yang telah mengecapi kelazatan iman akan tertarik sepenuh hati untuk mencintai Allah s.a.t dan Rasulullah s.a.w. selaku pembawa dan penyampai ajaran Islam kepada manusia.

Lantaran keimanan dan keyakinannya kepada kasih sayang Allah serta janji-Nya, seorang Mukmin akan mencintai jihad untuk menegakkan syariat Allah dan kalimah tauhid di bumi ini hingga seluruh manusia merasai kenikmatan Islam dan keindahan hidup di bawah naungannya.


Imam Baghaawi meriwayatkan daripada Tsauban Maula Rasulullah dan tidak sabar lagi untuk menatap wajahnya. Maka pada suatu hari Rasulullah datang kepadanya. Tatkala itu air mukanya berubah, lalu baginda bersabda ; "Kenapa air mukamu berubah wahai Thauban? Lalu jawabnya : "Wahai Rasulullah, akau tidak sakit tetapi sesungguhnya apabila aku tidak dapat melihat wajahmu maka aku akan keluh kesah sehingga aku dapat bertemu denganmu. Kemudian akau teringat hari qiamat dan aku bimbang tidak akan dapat melihat kamu kerana kamu akan di angkat bersama para Nabi. Sekalipun aku dapat masuk Syurga maka aku langsung tidak dapat melihat kamu."


Maka turun ayat dari Surah an-Nisa' ayat 69.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :"Dan barangsiapa yang menaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu para nabi, para shiddiqun, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya." (Surah An-Nisa': 69)


Oleh itu marilah kita memberikan memberikan cinta kita kepada Allah s.w.t. dengan hati yang ikhlas dengan mentaati segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Pada masa yang sama mencintai kekasih-Nya Rasulullah s.a.w dengan mentaati sunnah dan ajaran baginda, melebihi cinta kita kepada diri sendiri dan cinta pada yang lain-lain. Semoga cinta yang agung ini akan menyelamatkan kita daripada seksaan yang daksyat di hari akhirat nanti ...