Saturday, July 24, 2010

Ingat lima perkara sebelum lima perkara

Bismilahirrahimanirrahim..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan Allah untuk ana terus menghirup O² , masih diberi kesempatan untuk melihat kehijauan di muka bumi ALLAH, alhamdulillah..

Semalam dengan kehendak Allah nikmat kesihatan ana ditarik sedikit, hanya sedikit membuatkan ana lemah sangat tidak berdaya, ya Allah hanya Allah yang mengetahui.. semalaman bertarung dengan kesakitan dalam masa yang sama diuji kehilangan harta benda dikala otak tidak mampu berfikir secara waras, bukan rezeki ku.. masya Allah.. Allah Maha Besar, baru sahaja berkongsi dengan adik-adik usrah tentang hikmah musibah..redha dan sabar dengan setiap ujianNYA..Ada hikmah disebalik setiap kejadian..


Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 153:

Wahai orang-orang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.


Alhamdulillah, semalam usai solat isyak tiba-tiba dapat kekuatan untuk siapkan tugasan yang belum selesai,adik dan sahabat-sahabat yang datang menziarah ana pun kepelikkan.. Syukran ya sahabat2.. atas doa kalian..

Begitulah solat benar-benar penyejuk hati dan sumber kebahagiaan, solat mampu meniupkan ketulusan iman, kejernihan iman kedalam hati supaya redha dengan apa jua ketentuan Allah..
Solat ubat yang paling mujarab pengusir kesedihan dan penyakit. Sesungguhnya solat itu dengan izin Allah boleh menjaga kita dengan menghilangkan rasa kesedihan dan sakit.


Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidaklah seorang mukmin ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri sekalipun melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosa-dosanya

masya Allah, ya Rahman ya Rahim moga setiap kesakitan yang dialami dapat mengugurkan dosa-dosaku :(


Bersabarlah, sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan.

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


Pergunakan waktu dan kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya, sebelum hilangnya kesempatan tersebut..

"Pergunakan waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu".

doakan ana.. moga diberikan kekuatan..

p/s:Alhamdulillah telah ketemu kembali barang ana yang hilang Allahuakhbar..Allah Maha Besar

No comments: