Tuesday, June 15, 2010

Rejab adalah bulan Maghrifah(keampunan), Syaaban bulan syafaat, Ramadhan menggandakan kebajikan

Bismilahirrahimanirrahim..

Salam'alaik..
Alhamdulillah, Rejab bulan ke-7 dalam kelendaer Islam muncul lagi. Rejab bermaksud ta'azim ( kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah akan melimpahkan rahmatNya dan kemurahanNya adalah bulan yang sangat mulia. Pada bulan itu mengandungi peristiwa bersejarah kpd org Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan al-Aqsa drpd tgn tentera salib dan peristiwa Isra' dan Mikraj nabi Muhammad s.a.w. Tidak kurang juga ramai melihat Rejab sebagai 1 bulan spiritual untuk mempertingkatkan ibadat puasa.

Tarikan dan seruan seagai bulan yg sangat mulia, sewajarnya umat Islam mengambil kesempatan untuk menambah amalan. Banyak hadis Rasulullah s.a.w mengenai kelebihan berpuasa di bulan Rejab.

Kita berpuasa janganlah mengharapkankan fadhilat semata-mata..lakukanlah semata2 kerana Allah..

Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah, Ramadhan bulan umat Islam.
Rejab adalah bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
Rejab adalah bulan taubat, Syaaban bulan muhibah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
Amalan bulan rejab menyucikan badan, bulan Syaaban menyucikan hati manakala bulan Ramadhan menyucikan roh.


Selain berpuasa, beberapa amalan lain yang baik dilakukan dibulan Rejab
  • menyucikan diri drpd dosa dgn bertaubat dan memohon keampunan
  • membersihkan hati yg lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
  • mendekatkan diri dgn Allah dgn menunaikan solat
  • mohon keselamatan dan kesejahteraan dgn berselawat dan doa kpdNya
  • menginsafi diri dgn membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah s.a.w dan sirah Islam
Peristiwa penting yg berlaku dalam bulan Rejab
  1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  2. Solat 5 waktu difardhukan kpd umat Islam (malam Israk dan Mikraj)
  3. Perang Tabuk (thn ke-9 Hijrah)

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada tuhan melainkan DIA, yg hidup, yg berdiri sendiri dan aku bertaubat kpdNYA.

Ya Allah ya Tuhanku, tiada Tuhan yg layak disembah kecuali Engkau yg menciptaku. Aku adalah hamba-MU dan aku dalam genggaman-Mu..
Aku berlindung kpd-Mu drpd kejahatan yg mugkin aku lakukan. Aku mengakui nikmat yg Engkau berikan kpdku dan aku mengakui dosa2ku...




Allahumma bariklana fi rajab wa syaaban wa baligghna ramadhan
(ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami pada bulan Ramadhan)
moga diri kita menggunakan peluang dan masa yang ada yang sebaiknya untuk menabur benih di bulan Rejab..insya Allah

wallahualam..

No comments: