Thursday, June 24, 2010

Diri ini cumalah hamba..


Diri ini cumalah hamba..

Diri ini adalah hamba, mengikat janji ‘Alastu bi rabbikum?.. “ Qaalu, bala syahidna” Diri ini terbentuk dari setitis air yang hina, terpilih dikalangan berjuta. Diri ini lahir ke dunia, tanpa tahu menulis dan membaca. Diri ini lalu menjadi seorang anak buat kedua ibu bapanya. Diri ini punya tanggungjawab sebagai kakak, mahupun adik dikalangan saudaranya. Diri ini menuntut ilmu untuk agama dan bangsa , digelar mahasiswa. Diri ini adalah sahabat, cermin buat rakan disekelilingnya. Diri ini adalah rakyat, yang mahukan kegemilangan negaranya. Diri ini adalah bakal isteri, patuh kepada suaminya. Diri ini adalah bakal ibu, mendidik generasi seterusnya. Diri ini bakal kembali kepadaNya , dihisab dan bertemu penciptanya. ---------------------------------------------------------------- ‘Alastu bi rabbikum?.. “ Qaalu, bala syahidna” adalah pertanyaan Allah s.w.t. dan janji kita sebelum dilahirkan di dunia; berdasarkan firman Allah: Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. ~Surah Al-A'raf, ayat 172~

Diri ini cumalah hamba..

نور هدايه شهيد

Tuesday, June 22, 2010

Alhamdulillah..Thank you Allah..

THANK YOU ALLAH..

We should be grateful to Allah for His blessing and His kindness that we are still around.

Even though I clutch my blanket and growl when the alarm rings,thank you, Allah, that I can hear. There are many who are deaf.

Even though I keep my eyes closed against the morning light as long as possible, thank you, Allah, that I can see. Many are blind.

Even though I huddle in my bed and put off rising, thank you Allah,that I have the strength to rise. There are many who are bedridden.

Even though the first hour of my day is hectic, when socks are lost, toast is burned and tempers are short, my siblings are so loud, thank you, Allah,for my family. There are many who are lonely.

Even though our breakfast table never looks like the pictures in magazines and the menu is at times balanced, thank you, Allah, for the food we have. There are many who are hungry.

Even though the routine of my study is often monotonous, thank you, Allah, for the opportunity to study. There are many who have no chance to study.

Even though I grumble and bemoan my fate from day to day and wish my circumstances were not so modest, thank you, Allah for life.

If we can pass this on to most people we know, it might help a bit to make this world a better place to live in, right?

THANK YOU DEAR ALLAH....
ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH

Tuesday, June 15, 2010

Rejab adalah bulan Maghrifah(keampunan), Syaaban bulan syafaat, Ramadhan menggandakan kebajikan

Bismilahirrahimanirrahim..

Salam'alaik..
Alhamdulillah, Rejab bulan ke-7 dalam kelendaer Islam muncul lagi. Rejab bermaksud ta'azim ( kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah akan melimpahkan rahmatNya dan kemurahanNya adalah bulan yang sangat mulia. Pada bulan itu mengandungi peristiwa bersejarah kpd org Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan al-Aqsa drpd tgn tentera salib dan peristiwa Isra' dan Mikraj nabi Muhammad s.a.w. Tidak kurang juga ramai melihat Rejab sebagai 1 bulan spiritual untuk mempertingkatkan ibadat puasa.

Tarikan dan seruan seagai bulan yg sangat mulia, sewajarnya umat Islam mengambil kesempatan untuk menambah amalan. Banyak hadis Rasulullah s.a.w mengenai kelebihan berpuasa di bulan Rejab.

Kita berpuasa janganlah mengharapkankan fadhilat semata-mata..lakukanlah semata2 kerana Allah..

Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah, Ramadhan bulan umat Islam.
Rejab adalah bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
Rejab adalah bulan taubat, Syaaban bulan muhibah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
Amalan bulan rejab menyucikan badan, bulan Syaaban menyucikan hati manakala bulan Ramadhan menyucikan roh.


Selain berpuasa, beberapa amalan lain yang baik dilakukan dibulan Rejab
  • menyucikan diri drpd dosa dgn bertaubat dan memohon keampunan
  • membersihkan hati yg lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
  • mendekatkan diri dgn Allah dgn menunaikan solat
  • mohon keselamatan dan kesejahteraan dgn berselawat dan doa kpdNya
  • menginsafi diri dgn membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah s.a.w dan sirah Islam
Peristiwa penting yg berlaku dalam bulan Rejab
  1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  2. Solat 5 waktu difardhukan kpd umat Islam (malam Israk dan Mikraj)
  3. Perang Tabuk (thn ke-9 Hijrah)

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada tuhan melainkan DIA, yg hidup, yg berdiri sendiri dan aku bertaubat kpdNYA.

Ya Allah ya Tuhanku, tiada Tuhan yg layak disembah kecuali Engkau yg menciptaku. Aku adalah hamba-MU dan aku dalam genggaman-Mu..
Aku berlindung kpd-Mu drpd kejahatan yg mugkin aku lakukan. Aku mengakui nikmat yg Engkau berikan kpdku dan aku mengakui dosa2ku...




Allahumma bariklana fi rajab wa syaaban wa baligghna ramadhan
(ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami pada bulan Ramadhan)
moga diri kita menggunakan peluang dan masa yang ada yang sebaiknya untuk menabur benih di bulan Rejab..insya Allah

wallahualam..

Friday, June 11, 2010

Sabarlah… Kesabaran itu indah…

Bismilahirrahimanirrahim..

"Apabila tiba waktu yang ditentukan (ajal) tidaklah mereka dapat menangguhkannya beberapa saat pun dan tidak dapat mendahulukannya." (Al-Nahl:61)

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk terus bernafas di muka bumi Allah dan berkongsi di ruang al-Haura' Maqsurah..Alhamdulillah sibuk membaca yaya tertarik antara post2 di http://usrahrasahati.blogspot.com/

berminat nak post berkenaan dengan sifat sabar..
kadang2 hati nie tidak sabar (bkn kdg2 slalu..) moga dengan artikel nie mampu tabiyah diri kita insya Allah..


Sabarlah wahai hati,
Sabarlah… Kesabaran itu indah…
Nur Hidayah..




Mencari bahagia melalui sabar

Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan tenang dan hati kita akan rasa bahagia. Kita yakin apa yang berlaku adalah ujian dan Allah swt mengetahui apa yang terbaik untuk kita Kebahagian kita boleh perolehi apabila kita bersabar dan menghadapan berbagai masalah dalam kehidupan.

Hakikat ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w.

عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له وإن أصابته ضراء صبر وكان خيرا له وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن.


Maksudnya; Sungguh menghairankan urusan orang beriman, Semua urusanya baik, apabila mendapat nikmat kesenengan, ia bersyukur, maka baiklah baginya dan apabila ditimpa kesusahan, ia bersabar maka baik jugalah baginya. Dan sifat tersebut tidak ada melainkan bagi orang yang beriman.


Sabar adalah sifat mahmudah yang amat penting dalam kehidupan manusia. Sabar membawa kepada kebahagian, sabar akan membawa kepada ketenangan dan sabar membawa redha Allah s.w.t. Apabila seseorang mencapai redha Allah s.w.t maka itulah hakikat kebahagian yang hakiki.


Sifat sabar banyak mempengaruhi kehidupan manusia yang membawa kepada kebaikan sebaliknya orang yang tidak mempunyai sifat sabar akan melakukan perkara-perkara yang boleh memudharatkan dan menyusahkan orang lain. Apabila kita mampu mengawal hati kita dan sematkan sifat sabar didalammnya insyaallah ketenangan dan kebahagian dapat kita rasai.


Banyak tempat Allah s.w.t menyebutkan sifat sabar dalam al-Quran antaranya ialah;

Firman Allah swt;

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Maksudnya; Dan kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(al-Baqarah:155).


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya; Hai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.: Dan Allah sayng kepada orang-orang yang sabar.( Ali Imran :200)


إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Maksudnya; Sesungguhnya Hanya orang-orang yang Bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.(al-Zumar:10)


Sabda Rasulullah s.a.w.

واعلم أن النصر مع الصبر

Maksudnya; Dan ketahuilah sesungguhnya kemenangan dan kejayaan itu bersama orang yang sabar.


Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t berkata;

إذا ابتليت عبدي بحبيبتيه ثم صبر عوضته منهما الجنة

Maksudnya; Apabila Aku menguji hambaku dengan kehilangan dua orang yang disayangi lalu ia bersabar nescaya aku gantikan keduanya dengan syurga.


Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:

1. Bersabar dalam mengerjakan segala perintah Allah.

2. Bersabar dalam meninggalkan segala larangan Allah

3. Bersabar dalam menghadapi ujian kesusahan dan kepayahan.


Sifat sabar itu dipuji pada syara‘ kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama.


Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.


Dengan sikap dan perasaan seperti ini seseorang dengan sifat sabar akan merasa tenang dan bahagia seterusnya kehidupnnya dalam keadaan yang bahagia walaupun apa yang di hajati tidak kesampaian atau kehilangan sesuatu yang disayangi.




Orang yang tidak sabar dan tidak bertaqwa kepada Allah s.w.t. Itulah seburuk-buruk manuisa, tidak mahu melakukan ketaatan dan tidak sabar dalam menghadapi kesusahan. Firman Allah swt;


إِنَّ الْإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا (19) إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا (20) وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا (21)

Maksudnya; Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir.


Faktor-faktor membawa kepada sifat sabar.

1.Memahami realiti hidup ini adalah kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran.


2. Meyakini bahawa dunia ini semuanya adalah milik Allah dan Allah berhak memberikan kepada sesiapa yang dikehendaki atau menarik daripada sesiapa yang dikehendaki. Firman Allah s.w.t;


ومابكم من نعمة فمن الله

Maksudnya; Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, Maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, Maka Hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan . al-Nahl:53.

إنا لله وإنا إليه راجعون

Maksudnya; Sesungguhnya Kita milik Allah dan Kita akan kembali kepadaNya. Al-Baqarah:156


3. Yakin bahawa disebalik kesusahan ada kesenangan dan kebahagiaan.

فإن مع العسر يسراً إن مع العسر يسراً

Maksudnya; Sesungguhnya pada kepayahan ada kesenangan dan Ingatlah pada kesusahan ada kesenangan.al-Sarh:5-6.


4. Memahami dan merasai bahawa balasan pahala yang besar kepada orang yang sabar. Firman Allah s.w.t;

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Maksudnya Sesungguhnya orang-orang yang sabar disempurnakan balasan mereka tanpa dihitung. al-Zumar:10


5. Berdoa dan memohon pertolongan dari Allah swt agar sentiasa diberi kesabaran. Firman Allah swt;

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Maksudnya; Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan Sabar dan sembahyang kerana sembahyang itu berat kecuali bagi orang yang khusyu'. Al-Baqarag:45.


6. Beriman dengan qada' dan qadar Allah swt. Firman Allah swt;

ما أصاب من مصيبة في الأرض ولا في أنفسكم إلا في كتاب من قبل أن نبرأها

Maksudnya; Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (Tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan Telah tertulis dalam Kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.al-Hadid:22.



Thursday, June 10, 2010

Tipuan Duniawi


Demi umurku.
Pemuja dunia akhirnya akan menyesal juga.
Bila dunia pergi dia merasa rugi.
Bila dunia datang keinginan pun terus memuncak.

Demi Allah.
Bila dunia datang padaku
Dan melimpahkan rezekiNya
Tentulah orang merdeka tetap menghinakannya
Bagaimana tidak, ia batang yang bakal pula..

Herdiklah dunia dan hari-harinya
Ia hanyalah membawa duka
Kehausannya tidak pernah terpenuhi
Terus saja ingin memiliki
Sungguh menghairankan
Ia musuh tapi dirindukan.

Ada orang berkata
Kulihat hari memberi cela kepada manusia
Menghalangi kemuliaan dan keutamaannya
kukata kepadanya ambillah apa adanya

Banyak aku berusaha yang haram
Ia temukan kejahatan di atas kejahatan
Tanyakan pada hari-hari
Apa yang engkau perbuat dengan raja dan singgahsananya?

Adakah engkau bahagiakan mereka?
tidak pula yang pandai mahupun yang bodoh

Wahai orang-orang tertipu oleh dunia!
siang kau tidur dan malas malam pun kau tidur
dan hina kau tertipu oleh sesuatu yang fana
kau bahagia dalam khayalan persis orang tidur
yang tertipu dengan kelazatan
Akhirnya kesibukanmu hanyalah kebosanan..

Sesiapa menyintai dunia dan mengagungkannya,
hilanglah ketakutan terhadap akhirat dari hatinya..


Sumber : Penenang Jiwa Pengubatan & Rawatan (Imam Al-Ghazali)


Imam Ibnu Qudamah pernah menyatakan : “Manfaatkanlah waktu hidupmu yang sangat berharga, jagalah waktumu yang mulia. Ketahuilah, bahwa masa hidupmu sangat terbatas. Nafasmu boleh dibilang, setiap nafas akan mengurangi bahagian umurmu. Umur itu sangat singkat dan yang tersisa sedikit amat. Setiap bahagian umurmu adalah ...mutiara yang sangat berharga, tidak ada tandingan dan penggantinya.