Saturday, May 1, 2010

Kita hanya penyeru tapi bukan penghukum..

Bismilahirrahimanirrahim..

"Kita hanya penyeru tapi bukan penghukum!"
teringat
phrase di dalam novel karya Fatimah Syarha Tautan Hati..hmm


alhamdulillah semalam satu Ops Cegah Maksiat telah dijalankan oleh Exco Dakwah & MT Muslimat bersama2 Cik Mazlinna.. Ini merupakan kali pertama yaya take part ops nahi mungkar secara direct walaupun selama ini hanya mampu menengahnya dgn hati selemah2 iman..tapi sampai bila?? kekuatan itu perlu dibina bkn ditunggu..xkan dtg bergolek punya lau duk tggu..hmm so inilah masanya..alhamdulillah diberi kekuatan untuk menegakkan agama Allah.. Moga terus menerus diberi kekuatan kpd para daie kat sini ameen..

hmm betul kata Sis Mas..kita perlukan strategi.. Rasulullah hendak berperang pun gunakan strategi.. walaupun ops semalam agak menyedihkan.. (tapi kene redha,ini semua dgn izin Allah), ramai pasangan yang ditangkap berjaya melepaskan diri.. ada juga pasangan yang mempersoalkan pasangan agama lain..ya Allah, sgt sedih.. tahukah agama lain ttg hukum agama?? "Cik kami bukan buat maksiat pun.."hmm behtu berdua-duaan tanpa ikatan yang sah itu bukan maksiat ke??
dimanakan pengetahuan mereka tentang hukum2 agama.. ;(
sesungguhnya Hidayah itu milik Allah..

"La taq'rabu zina!!"
jgnlah kamu menghampiri zina.. apatah lagi membuat zina.. ramai remaja2 sekarang salah anggap dengan phrase nie.. sekarang isu pembuangan bayi xsah taraf pun semakin meningkat..semuanya berpunca "Cik kami bukan buat maksiat pun..kami hanya berbual kosong" Jumlah penzina dan bayi xsah taraf lau dikumpulkan..haisyh..rasanya lau ditempatkan dissebuah negeri..terpaksa la penduduk tempatan berpindah..hmm bygkan betapa banyaknya?? itu lum lagi termasuk bayi yang telah dibuang,dibunuh sebagai jalan pintas menghapus dosa?? masya Allah..

Allah dah tunjuk kemurkaanNya..tapi masih ramai yg lum sedar masih lalai dengan keindahan dunia yg sementara nie..

Firman Allah yg bermaksud:
"Kepunyaan Allah apa-apa yang dilangit dan di bumi. Sungguhnya Allah lagi Maha Kaya lagi Maha Terpuji,," (Surah Luqman:26)

Betullah Islam akan kembali asing.. kami hanya penyeru yang menghukumNya Allah..
jika hukum2 Allah pun masih ambil ringan apatah lagi dgn hukum dunia??
sedarlah wahai saudara2ku..
kita diambang kehancuran.. bertaubatlah..sesungguhnya pintu taubat masih luas terbuka.. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.. walau setinggi bukit Uhud pun dosamu(kecuali dosa mensyirikkan Allah), Allah masih menerima taubatmu.. Allahuakhbar..hebatnya kasih sayang Allah..

Semuanya hanya kerana cinta duniawi yang hanya sementara..maruah diri dan agama tergadai..
Bertaubatlah sebelum terlambat..
"Allah Maha Penyayang, rahmat-Nya meliputi segalanya.."

ingatan untuk diri ini juga..moga terus dipelihara Allah..ditetapkan iman dan diberi kekuatan untuk terus berjuang..amen ya Rabbal alamin..


2 comments:

pengejarmimpi said...

Salam saudari. Taqrabuz zina bermaksud 'kamu dekati zina'
'la taqrabuz zina': 'jangan kamu dekati zina'. moga membantu, iA.

tulisan yang mantap. teruskan.

YAYA HUMAIđ»A' said...

wasalam..alhamdulillah ada juga yg menegur..syukrn saudara..
sgt membantu..