Tuesday, May 25, 2010

Moga hari ini lebih baik daripada semalam :)

Bismilahirrahimanirrahim..

Apa khabar iman kita hari nie shbt sekalian? Moga ianya sentiasa dipelihara Allah ameen insya Allah.. Alhamdulillah masih diberi pinjam nyawa oleh Allah untuk terus bernafas di muka bumi Allah nie..
Alhamdulillah Khillazi Ahyana Baghdama Amatanna Wa'ilaihin Nushur...

alhamdulillah3..
Masih berpeluang untuk melihat lukisan alam ciptaan Ilahi, Masih berpeluang untuk hirup udara segar pagi, Masih berpeluang untuk mentarbiah diri, insya Allah masih berpeluang untuk memperbaiki diri.. banyak sungguh nikmat yang Allah beri.. Masya Allah betapa sayangnya Allah pada kita..

Mulakan hari ini dengan niat, azam dan tekad..
moga hari ini lebih baik daripada semalam

Ada 3 kategori manusia :-

BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
HINA :Hari ini teruk daripada semalam

moga kita tergolong dalam golongan orang yang berjaya insya Allah..
senyum2 selaluu.. :)

jaga diri jaga peribadi, jaga iman..

' Pandulah hati menuju redha Ilahi.. Pandu cermat, Iman selamat.."



Saturday, May 22, 2010

Mari kenali Kekasih Allah

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Tarikh lahir: Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masihi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

Nama bapa Baginda s.a.w : Abdullah Ibn Abdul Muttalib bin Hashim.

Nama ibu Baginda s.a.w : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M..

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

· Khadijah Binti Khuwailid.

· Saudah Binti Zam'ah.

· Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

· Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

· Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

· Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

· Zainab Binti Jahsy.

· Maimunah Binti Harith.

· Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

· Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN: Thuwaibah

SAUDARA SUSUAN:

1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

IBU SUSUAN: Halimah Al-Saidiyyah

SAUDARA SUSUAN:

1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

NABI MUHAMMAD SAW - MANUSIA AGUNG

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

· Aku melihat cahaya dari lidahnya.

· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

· Wajahnya seperti bulan purnama.

· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali

· Mulut baginda sederhana luas dan cantik..

· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

· Janggutnya penuh dan tebal menawan...

· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

· Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.

· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

· Seimbang antara kedua bahunya.

· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

· Warna kulitnya putih tapi sihat.

· Kulitnya putih lagi bercahaya.

· Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

· Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

· Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


http://www.faruqalias.blogspot.com/

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [al-Ahzab 33:56]

Monday, May 17, 2010

BOYCOTT ISRAEL



This page have been created:

  1. To help people who want to boycott produce from Israel and illegal Israeli settlements in the West Bank and Gaza, by providing sources of information about companies, products etc.
  2. To act as an educational resource. Many people have not the foggiest idea of the war crimes, human rights abuses and flagrant breaches of international humanitarian law that are regularly committed by the Israeli Government and its armed forces (the IDF) in the what remains of Palestine.

Lest there be any doubt on the subject, this site is not anti-Jewish. We are opposed to the Government’s atrocities that is in power in Israel today. As soon as Israel reaches a just peace with the Palestinian people within the framework of international law we will call an end to this boycott.

The many links on this page will lead you to valuable sources of information, Insya-Allah.

Websites

http://palestinkini.info/

http://amanpalestin.com/

http://www.infopalestina.com/

http://www.muslimconsumer.org.my/

http://pedulipalestina.blogspot.com/

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/01/press-statement-israel-must-be.html

http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html

http://www.bigcampaign.org/

http://palestinesolidaritycampaign.org/

http://www.stopthewall.org/

Friday, May 7, 2010

Perhimpunan Perdana PALESTIN


Ayuh! Sambutlah Seruan, Menerobos Tembok Kematian


Perhimpunan Perdana PALESTIN
Tarikh; 8 Mei 2010
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: 7.00mlm hingga 11.30mlm

Aktiviti Menarik
- Persembahan Nasyid & Sketsa
- Tayangan Video Air Mata Palestin
- Ucapan Wakil-wakil NGO
- Ucapan Wakil dari Palestin
- Penyampaian Sumbangan

Tetamu
...Jemputan
- Skeikh Hussein KH Awawidah, Penasihat kanan Rabithah Ulama Palestin
- Kumpulan Nasyid & Artis-artis Tanah Air

Bawa bersama sepanduk & banner sebagai tanda sokongan anda
Kutipan dana akan turut diadakan
Bawa bersama sejadah untuk solat berjemaah di Stadium

Anjuran
* Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
* Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
* Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Palestinian Center of Excellence (PACE)
* Aqsa Syarif
* Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia (VPM)
* Nasyeed.com
* Mu'adz.com

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami

Office & Correspondence Address:
Lifeline 4 Gaza
c/o Biro HALUAN Palestin
16-1 Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Taman Subang Perdana
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

http://www.lifeline4gaza.org

603 7846 4146
info@lifeline4gaza. org

p/s:sekiranya sahabat2 tak dapat hadir,minta jasa baik untuk sebar2kan kepada sahabat2 lain...semoga mendapat ganjaran yang besar dari Allah Taala...Insya' Allah...

Saturday, May 1, 2010

Kita hanya penyeru tapi bukan penghukum..

Bismilahirrahimanirrahim..

"Kita hanya penyeru tapi bukan penghukum!"
teringat
phrase di dalam novel karya Fatimah Syarha Tautan Hati..hmm


alhamdulillah semalam satu Ops Cegah Maksiat telah dijalankan oleh Exco Dakwah & MT Muslimat bersama2 Cik Mazlinna.. Ini merupakan kali pertama yaya take part ops nahi mungkar secara direct walaupun selama ini hanya mampu menengahnya dgn hati selemah2 iman..tapi sampai bila?? kekuatan itu perlu dibina bkn ditunggu..xkan dtg bergolek punya lau duk tggu..hmm so inilah masanya..alhamdulillah diberi kekuatan untuk menegakkan agama Allah.. Moga terus menerus diberi kekuatan kpd para daie kat sini ameen..

hmm betul kata Sis Mas..kita perlukan strategi.. Rasulullah hendak berperang pun gunakan strategi.. walaupun ops semalam agak menyedihkan.. (tapi kene redha,ini semua dgn izin Allah), ramai pasangan yang ditangkap berjaya melepaskan diri.. ada juga pasangan yang mempersoalkan pasangan agama lain..ya Allah, sgt sedih.. tahukah agama lain ttg hukum agama?? "Cik kami bukan buat maksiat pun.."hmm behtu berdua-duaan tanpa ikatan yang sah itu bukan maksiat ke??
dimanakan pengetahuan mereka tentang hukum2 agama.. ;(
sesungguhnya Hidayah itu milik Allah..

"La taq'rabu zina!!"
jgnlah kamu menghampiri zina.. apatah lagi membuat zina.. ramai remaja2 sekarang salah anggap dengan phrase nie.. sekarang isu pembuangan bayi xsah taraf pun semakin meningkat..semuanya berpunca "Cik kami bukan buat maksiat pun..kami hanya berbual kosong" Jumlah penzina dan bayi xsah taraf lau dikumpulkan..haisyh..rasanya lau ditempatkan dissebuah negeri..terpaksa la penduduk tempatan berpindah..hmm bygkan betapa banyaknya?? itu lum lagi termasuk bayi yang telah dibuang,dibunuh sebagai jalan pintas menghapus dosa?? masya Allah..

Allah dah tunjuk kemurkaanNya..tapi masih ramai yg lum sedar masih lalai dengan keindahan dunia yg sementara nie..

Firman Allah yg bermaksud:
"Kepunyaan Allah apa-apa yang dilangit dan di bumi. Sungguhnya Allah lagi Maha Kaya lagi Maha Terpuji,," (Surah Luqman:26)

Betullah Islam akan kembali asing.. kami hanya penyeru yang menghukumNya Allah..
jika hukum2 Allah pun masih ambil ringan apatah lagi dgn hukum dunia??
sedarlah wahai saudara2ku..
kita diambang kehancuran.. bertaubatlah..sesungguhnya pintu taubat masih luas terbuka.. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.. walau setinggi bukit Uhud pun dosamu(kecuali dosa mensyirikkan Allah), Allah masih menerima taubatmu.. Allahuakhbar..hebatnya kasih sayang Allah..

Semuanya hanya kerana cinta duniawi yang hanya sementara..maruah diri dan agama tergadai..
Bertaubatlah sebelum terlambat..
"Allah Maha Penyayang, rahmat-Nya meliputi segalanya.."

ingatan untuk diri ini juga..moga terus dipelihara Allah..ditetapkan iman dan diberi kekuatan untuk terus berjuang..amen ya Rabbal alamin..