Monday, March 29, 2010

Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Empat minggu lagi???http://www.emocutez.com Biar betul..Ha ah empat minggu lagi..nape??
pejam, celik, pejam, celik, hari yang ditunggu2 akan tiba juga..
hmm mcm xcayer jer xlama lagi nak final pastu praktikal..
cepat sungguh masa berlalu meninggalkan aku..

hari nie, ramai tegur "wei asal ko pucat jer??', "eh memang style muka yaya pucat ar"..haha kelakar cari modal nak denied muka pucat..ntah la hari nie yaya byk sgt memikir itu ini sana sini sampai raut muka pun xdpt nak sembunyi pe yg tersirat..hah tersurat la di wajahku hehe.. kak mas pun tanya "adik ada mslh ker??"
M A S A L A H ?? aku sendiri tertanya2 apa mslh yg melandahttp://www.emocutez.com..haha pelik an.. sendiri pun tercari2..

Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama..apape pun bersangka baiklah dgn Allah, masalah ujian tu rahsia Allah.. hanya DIA mengetahui.. yaya yakin Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya..so pe yang dihadapi sekarang kita mampu atasi..insya Allah..

hmm pape pun harus tabah & sabar dlm menghadapi ujianNya.. Allah bagi ujian pd kita maknernya Allah sygkan kita.. yeah!! Allah sygkan aku sbb tu dia pilih aku untuk ujian nie.. mungkin Allah juga nak beri peringatan kpd aku.. supaya kembali ke jlnNYA..dan tidak putus asa untuk teruskan kehidupan..dan yakinlah pasti Allah aturkan yang terbaik buat kita, sbb apa yg berlaku semua ada hikmah..

moga kita menjadi hambaNYA yg selalu redha dengan ketentuanNYA..amin..insya Allah
http://www.emocutez.com


Saturday, March 13, 2010

Setelah ku dipaling..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Setelah ku dipaling..
tiap bait-bait lirik mempunya makna yang mendalam..
yaya suka sangat! so meaningful..

Ya Allah janganlah kau palingkan hatiku setelah Kau berikan petunjuk..



Setelah ku dipaling : Rast

Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling

100 langkah menuju kesempurnaan iman

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

assalamualaikum..
di malam yang hening,wah hening ker??hehe.. Ye pasti.. :)
yaya
terbaca satu post note di facebook salah seorang sahabat yaya..mungkin boleh dikongsikan bersama disini.. minta halal ya sahabat.. untuk pengisian bersama.. n_n



02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri hati atas kejayaan orang;
10. Jangan sombong jika memperoleh kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu berkeinginan akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
16. Jangan campurkan harta halal dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah dan di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyakkan dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan berbuat baik kepada fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi fikiran;
34. Penuhi janji dan mintalah maaf jika tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
42. Berlakulah adil dalam segala urusan;
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
46. Perbanyak silaturahim;
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
48. Bicaralah secukupnya;
49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
53. Luangkan waktu untuk bersama dengan keluarga;
54. Makanlah secukupnya tidak kurang dan tidak berlebihan;
55. Hormatilah guru dan ulama;
56. Selalulah bershalawat kepada nabi;
57. Cintai keluarga Nabi saw;
58. Jangan terlalu banyak hutang;
59. Jangan terlampau mudah berjanji;
60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bersembang pada perkara yang tidak berguna;
62. Bergaul dengan orang-orang soleh;
63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
67. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendirian;
68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;
70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang dalam kesusahan;
71. Jangan melukai hati orang lain;
72. Jangan membiasakan berkata dusta;
73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
74. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab;
75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
77. Jangan membuka aib orang lain;
78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih
baik dari kita;
79. Belajarlah dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
81. Jangan merendah diri kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
86. Hargai kebaikan dan pemberian orang;
87. Jangan habiskan waktu sekadar untuk hiburan dan keseronokan;
88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun dengan mereka yang tidak menyenangkan;
89. Sediakan waktu untuk bersukan yang sesuai dengan ajaran islam dan keadaan diri kita;
90. Jangan berbuat sesuatu yang bolah memudaratkan fizikal atau mental kita;
91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
92. Latih diri untuk melupakan kesalahan orang dan melupakan jasa kita;
93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu,dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
94. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang berkaitan kawan kita, sebelum dipastikan kebenarannya;
95. Jangan menangguhkan pelaksanaan tugas dan kewajiban;
96. Sambutlah uluran tangan setiap orang dengan penuh akrab dan keramahan dan tidak berlebihan;
97. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan diri;
98. Berwaspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
99. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
100. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang;


moga kita ditetapkan iman..
ameen..
wallahualam..