Saturday, December 18, 2010

Ya Allah..terimalah cintaku..

Bismilahirrahimanirrahim..



Allahumma inni as aluka hubbak, wahubba mayyuhibbuk, wal 'amalallazi yuballighuni hubbak..

Ya ALLAH kurniaknlh rasa cintaku pdMu..dan cinta pd insan yg mencintaiMU..dan beramal dgn amalan yg membawa pd cintaMU..aminn ya rabb...


alhamdulillah, all praises to Allah for HIS love & blessing..
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from YOU.. ;(



Tanda Cinta Kepada Allah

by Abu Basyer on Thursday, December 16, 2010 at 3:15pm


Sahabat yang dirahmati Allah,

Perasaan cinta dan kasih sayang adalah fitrah manusia. Manusia perlu mencintai dan di cintai. Cinta paling agong dan paling tinggi adalah cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta-cinta yang lain sesama makhluk mestilah berpaksikan cinta kerana Allah, kerana cinta bukan kerana Allah menyebabkan cinta itu palsu dan tidak akan kekal lama dan ianya berasakan nafsu semata-mata. Allah s.w.t akan murka kepada sesiapa yang mencintai orang lain bukan kerana-Nya.


Untuk mendapatkan cinta kepada Allah s.w.t seorang hamba itu mestilah membanyakkan bermunajat, solat sunat, membaca al-Qur'an dan berzikir. Lidahnya tidak kering sentiasa menyebut nama-Nya, memuji dan mengagungkan-Nya . Apabila berkumandang suara azan, jiwa dan hatinya rasa seronok kerana menuju ketempat solat menyahut panggilan mu'azin dan dapat bertemu dan mengabdikan diri kepada-Nya.


Pada waktu malam timbul keikhlasan untuk bangun dari tidur dan berdua-duaan dengan Rabb, kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!


Bukan hanya itu sahaja tetapi hati dan jiwanya seronok ketika membaca dan menghayati firman-Nya di dalam kitab suci al-Qur'an dan menganggap bahawa seolah-olah apa yang di baca dan difahami seperti Dia berkata-kata dan memberi arahan secara terus. Oleh itu iman dapat diertikan sebagai mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Seluruh ayat-Nya dianggap luar biasa hingga hamba yang mencintai-Nya sanggup berkorban jiwa , raga dan harta benda demi membela agama-Nya.


Sahabat yang dimuliakan,

Keseluruhan rasa cinta kepada Allah s.w.t. juga merasuk kedalam roh dan tubuhnya. Pada setiap tindakan sentiasa mengharapkan rahmat, ampunan dan redha-Nya. Rasa takut dan cemas selalu timbul jika Allah menjauhi, bahkan hati akan tersentuh dan takut ketika membayangkan azab Allah akibat kelalaiannya.


Hati yang cinta kepada Allah s.w.t. akan bergetar apabila mendengar nama-Nya di sebut. Sebaliknya hati bertukar menjadi tenang apabila selalu mengingati-Nya. Ia benar-benar sebuah cinta yang sempurna.


Cinta memang anugrah yang terindah dari Maha Pencipta. tetapi masih ramai manusia keliru mentafsir dan menggunakan cinta itu. Islam tidak mahu cinta dikekang, namun Islam juga tidak ingin cinta dilepaskan mengikut hawa nafsu.


Alangkah indahnya Islam! Syariat yang mengatur manusia untuk mengelola perasaan cinta yang lebih mendalam, murnia dan abadi. Cinta seperti ini digambarkan oleh Ibnu Hasym seorang ulama dan pujangga serta ahli hukum dari Andalusia Sepanyol mengatakan : "Cinta itu bagaikan pohon, akarnya menghujam ke tanah dan puncaknya banyak buah."


Sahabat yang dikasihi,

Bagi orang Mukmin yang bertaqwa tidak ada sesuatu pun yang mungkin menyamai kelebihan, kedudukan dan ketinggian cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya dan mempertahankan Deen Allah serta berjihad dijalan-Nya.


Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (Surah at-Taubah ayat 24)


Tidak syak lagi , seseorang yang telah mengecapi kelazatan iman akan tertarik sepenuh hati untuk mencintai Allah s.a.t dan Rasulullah s.a.w. selaku pembawa dan penyampai ajaran Islam kepada manusia.

Lantaran keimanan dan keyakinannya kepada kasih sayang Allah serta janji-Nya, seorang Mukmin akan mencintai jihad untuk menegakkan syariat Allah dan kalimah tauhid di bumi ini hingga seluruh manusia merasai kenikmatan Islam dan keindahan hidup di bawah naungannya.


Imam Baghaawi meriwayatkan daripada Tsauban Maula Rasulullah dan tidak sabar lagi untuk menatap wajahnya. Maka pada suatu hari Rasulullah datang kepadanya. Tatkala itu air mukanya berubah, lalu baginda bersabda ; "Kenapa air mukamu berubah wahai Thauban? Lalu jawabnya : "Wahai Rasulullah, akau tidak sakit tetapi sesungguhnya apabila aku tidak dapat melihat wajahmu maka aku akan keluh kesah sehingga aku dapat bertemu denganmu. Kemudian akau teringat hari qiamat dan aku bimbang tidak akan dapat melihat kamu kerana kamu akan di angkat bersama para Nabi. Sekalipun aku dapat masuk Syurga maka aku langsung tidak dapat melihat kamu."


Maka turun ayat dari Surah an-Nisa' ayat 69.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :"Dan barangsiapa yang menaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu para nabi, para shiddiqun, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya." (Surah An-Nisa': 69)


Oleh itu marilah kita memberikan memberikan cinta kita kepada Allah s.w.t. dengan hati yang ikhlas dengan mentaati segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Pada masa yang sama mencintai kekasih-Nya Rasulullah s.a.w dengan mentaati sunnah dan ajaran baginda, melebihi cinta kita kepada diri sendiri dan cinta pada yang lain-lain. Semoga cinta yang agung ini akan menyelamatkan kita daripada seksaan yang daksyat di hari akhirat nanti ...



Monday, November 22, 2010

Hadapi dengan senyuman

Bismilahirrahimanirrahim..

*beep* satu pesanan ringkas masuk.. hee~ daripada ukhti Izzah,

"Lindungi kesedihan di hatimu dengan senyuman meskipun dihatimu penuh kedukaan kerana TABAH menghadapi dugaan menunjukkan kau punya IMAN..

Sebenarnya mesej daripada ukhti izzah sudah lama ku simpan.. tiap kali dibaca kembali seperti enzyme yang stimulate sebagai motivasi bangkit kembali.. syukran ya ukhti :)


hee~ teringat time OSCE senior SEM 4, yaya salah seorang model (erkk bukan peragakan pakaian oke.. http://www.emocutez.comemm berlakon menjadi pesakit..hee~). Yaya time tu menjaga station untuk Barthel Index (hah ape tuu??) so kene la berlakon menjadi pesakit yang amputation dan menggunakan armpit crutches (erk btul ke nama benda alah tu??). Muka sangat blurr (almaklum 1st time jadi model OSCE) sampai Cik Ema tegur hee~ malunyer

"Awak cubalah senyum sikit, mereka tu (senior SEM 4) memang da nervous nak exam OSCE tgk awk lagi bertambah nervous.."

"errkk.. ye ke cik? saya susah nak senyum bila saya pun nervous"

haha maafkan saya ye akak2 & abg2 senior ;)
emm layan lagu nasyid ♫♪♫~ senyum daripada Raihan ..hayati tiap bait lirik..penuh makna ..

Senyum

Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Hadapi dengan senyuman.. dalam hati hanya Allah yang tahu :)

Tuesday, November 16, 2010

Kemenangan, Kejayaan Dan Pengorbanan

Bismilahirrahimanirrahim..
iluvislam.com- Khutbah Khas Hari Raya Aidil Adha 1427 Hijrah, JAKIM.


Hari ini kita sebagai ummat Islam bersama-sama dengan saudara-saudara kita yang sedang menunaikan ibadah haji menyambut Hari Raya Korban, dengan menunaikan syiarnya seperti bertakbir, bersembahyang dan menyembelih korban sebagai bukti melahirkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t, di samping memperingati sunah nabi Ibrahim Khalilul Allah dan keluarganya.

Mereka telah melakukan pengorbanan demi menjunjung tinggi perintah Allah s.w.t, pengorbanan menjadi ujian kepada ummat manusia sejauhmanakah mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah yang menjadikannya, yang memberi rezeki dan segala kurniaan yang tidak terhingga kepadanya. Sebagaimana Firman Allah :

"Mengapa kamu kufur dengan Allah, pada hal kamu dahulunya mati (tiada), lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan, kemudian dihidupkan kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya." ( Surah al-Baqarah : 28 )

Ummat Islam merayakan Aidil Adha sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi dimana kemenangan yang bukan sahaja terkandung dalam ibadah haji itu sahaja, tetapi lebih dari itu ialah mempunyai hubungan dengan sesuatu peristiwa yang berlaku pada tahun yang kesembilan hijrah.

Pengisytiharan Kota Mekah Sebagai Tanah Haram

Dalam waktu ibadah haji pada tahun tersebut, suatu ketetapan telah diistiharkan kepada masyarakat Arab Mekah ketika itu mengenai perhubungan diplomatik antara orang-orang Islam dengan yang bukan Islam telah dimatrikan dan dikuatkuasakan. Kota Mekah telah diistiharkan dengan rasminya sebagai tanah haram, tidak lagi dibenarkan kepada orang musyirikin kafir Quraisy untuk menziarahi Baitil Allah Al-Haram.


Serentak dengan ketetapan ini Kota Mekkah dan disekelilingnya telah dibersihkan dari perkara-perkara syirik dan kekufuran dan kalimah tauhid telah ditegakkan dengan gagahnya di bawah naungan Kaabah dengan suatu pemerintahan Islam di bawah pimpinan Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Kegelapan kota Mekkah selama ini dengan kebiadaban dan peradaban liar telah diganti dengan sinar yang gemerlapan dengan kesusilaan dan peradaban yang penuh hidayah dan bersopan. Undang-undang dan peraturan yang disukai oleh fikiran dan nafsu manusia telah ditukar ganti dengan undang-undang dan peraturan syariat Allah s.w.t.

Kota Mekkah diberi gelaran kota suci yang telah bersih dari sebarang bentuk syirik dan kufur, yang selama ini membanjiri kota Mekkah dan sekeliling kaabah.

Laungan "Allah Akba " dan talbiah " لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْك " berkumandang disegenap penjuru kota itu, dari rumah-rumah besar yang tersegam indah hingga ke rumah-rumah buruk di tepi bukit dan gunung. Kesedaran dan kedaulatan Islam dengan risalah Allah mendapat tempat di hati manusia yang kufur pada mulanya. Mereka diberi hidayah dengan Nur Ilahi .

Maksudnya : "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan dan engkau melihat manusia beramai-ramai masuk agama Allah. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya sesungguhnya ia sangat-sangat menerima taubah." ( Surah al-Nasr : 1-3 )

Darjat Aidil Adha Lebih Tinggi Dari Aidil Fitri

Aidil Adha atau hari raya korban ini sebenarnya lebih besar ertinya dan lebih tinggi nilai darjatnya berbanding dengan Aidil Fitri. Sejajar dengan kedudukan itu masa bertakbir dipanjangkan bermula dari malam hari raya hinggalah ke hari yang keempat raya, iaitu hari ketiga belas Zulhijjah yang dinamakan hari-hari tasyrik. Di samping bertakbir ummat Islam melakukan ibadah korban pada hari-hari tersebut. Demikian pula bagi ummat Islam yang berada di tanah suci menunaikan ibadah haji pada tiga hari tasyrik itu, ialah hari bagi mereka melontar jumrah di Mina. Mereka meneruskan kerja-kerja ibadah haji dengan iringan talbiah :

"Labbaikallahumma labbaik. Labbaikala syarika laka labbaik. Innalhamda wanni'mata laka walmulk. La syarikalak.

"Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu."

Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.

Hari Raya Aidil Adha ini tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban. Ibadah korban ini adalah kemuncak takwa kepada Allah Taala. Hari ini yang sebenarnya kita merayakan ulang tahun pelancaran gerakan tahunan korban. Gerakan ini telah dimulakan sejak ribuan tahun dahulu dan dimulakan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. Khalilul Allah.

Ia bermula dengan pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia. Telah diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia yang telah lanjut. Tatapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah s.w.t. Hal ini telah dirakamkan dalam Al-Quran :

"Maka takkala anaknya ini sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : "Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu." Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar." ( Surah al –Shaafat ayat : 102 - 107)

Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih putera Baginda dan kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah tersebut memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi. Peliharalah iman d idalam dada kita dengan sebaiknya. Sesungguhnya iman adalah dasar penting yang menjadi paksi kehidupan manusia. ia merupakan asas pemerimaan sesuatu amalan dari Allah s.w.t. hanya amalan yang dilakukan kerana Allah sahaja yang akan mendapat penilaian di sisinya.

Pengorbanan Sepanjang Zaman

Sejarah pengorbanan teragung itu tidak tertinggal dalam lipatan sejarah sejarah sahaja, malah ianya telah dihayati sepanjang zaman demi menegakkan agama Ilahi ini. Pengorbanan nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya dalam menegakkan dan mempertahankan Islam adalah pengorbanan yang amat agong. Baginda dan para sahabat telah mempertahankan Islam bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan mereka tatapi mereka telah mengorbankan nyawa. tiada pergorbanan yang lebih agong dan utama daripada pergorbanan nyawa dan darah.

Setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. para sahabat terus menerus mempertahankan Islam dengan nyawa dan darah mereka. Begitulah sepanjang zaman sehingga kini telah ramai yang mati syahid kerana agama Allah, ini tidak kira sama ada di timur ataa barat. Sebenarnya pergorbanan mereka ini tidak ternilai harganya di sisi manusia hanya Allah s.w.t. sahaja yang mampu membalasnya.

"Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (Surah al- Shaf : 10 - 11)

Sabda Nabi s.a.w. semasa menjawab persoalan yang dikemukakan kepada Baginda :

Ditanya orang akan Rasulullah s.a.w. : "Siapakah manusia yang lebih utama?" Maka jawab Rasulullah s.a.w. orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri. Mereka berkata : Siapa kemudian? Sabda Rasulullah s.a.w. orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan ". (Hadis Riwayat Bukhari)

Allah mendidik para Rasul dan sahabat-sahabatnya melakukan pergorbanan dengan mengorbankan semua yang berharga. Ulama menyatakan :

"Siapa yang mahukan kebaikan dan membaikan kemuliaan dan ketinggian tanpa jihad dan pergorbanan maka ia bagaikan seorang yang bermimpi kosong."

Pengorbanan - Mengorbankan Apa Sahaja Yang Berharga

Begitulah hakikat yang sebenarnya tentang pergorbanan. Memang tidak dapat digambarkan bagaimana kehebatan manusia sanggup mengorbankan nyawa dan darah mereka demi Allah s.w.t, tatapi inilah hakikat yang berlaku. Sebenarnya dalam apa juga bidang dan lapangan kehidupan pergorbanan adalah satu tuntutan dan kemestian. Dalam Islam bukan sahaja pergorbanan jiwa raga dan darah tatapi juga adalah pergorbanan harta benda dan apa sahaja yang berharga.

Saidina Abu Bakar r.a. mengorbankan semua hartanya untuk Islam dan umatnya sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada beliau :

"Apakah yang engkau tinggalkan untuk keluarga kamu?"

Jawab Abu Bakar : "Aku tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya."

Islam mengajar kita supaya menjadikan pergorbanan sesuatu yang berharga sebagai penyaksian dan pembuktian kepada aqidah kita demi untuk kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Firman Allah s.w.t. :

"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada nabi-nabi yang terdahulu, daripadamu, demi sesungguhnya jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) nescaya akan tetap gugur amalanmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi." (Surah Az-Zumar : 65)

Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan

Orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang melakukan pergorbanan,sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya kerana kejayaan dan kecemerlangan tidak datang menggolek, sebaliknya tanpa pergorbanan seperti pelajar akan gagal, pentadbir akan kecewa, pemimpin akan bermusuhan, ulama akan dicaci, masyarakat dan rumahtangga hancur, kampung halaman purak peranda dan negara akan terus dijajah. Pelajar perlu berkorban lebih masa untuk beribadah, berjaga malam dan mentalaah buku. Begitu jugalah pentadbir, para pemimpin dan sebagainya.

"Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya luas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang bertakwa. Iaitu orang-orang yang menderma hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." ( Surah ali - Imran : 133-134 )

Jelaslah kepada kita akan falsafah, hikmah dan kepentingan pergorbanan dan juga yang akan kita dapat pada hari raya Aidil Adha ini, mudah-mudahan kita akan dapat mengamalkan dan menghayatinya dalam kehidupan kita demi kebaikan kita di dunia dan di akhirat.


Wednesday, October 13, 2010

Jemputan Ilahi


“Mati itu tidak syarat sakit,tidak syarat sihat,tidak syarat muda,tidak syarat tua”

Syaratnya AJAL.


innalillahi wa inna ilaihi rajiun..6 Oktober 2010 bersamaan 27 Syawal 1431H tarikh keramat buat keluarga, dikejutkan berita yang tidak disangka-sangka.. Jam 12.30 papa pergi jua meninggalkan kami, menghadap Ilahi Tuhan Yang Maha Esa..innalillahi wa inna ilaihi rajiun kullun nafsin za ikatul maut. setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati..


Moga roh allahyarham Mohammad Shahid bin Mohammad Sham dicucuri rahmat serta ditempatkan dengan kalangan orang-orang beriman,
Ya Allah, Ya Tuhanku..
Kau ampunilah dosa-dosa ayahku.
Kau kasihanilah dia,
Kau permudahkanlah urusannya,
Kau lapangkanlah kuburnya & jadikanlah ia sebahagian drpd taman-taman syurga
Kau pancarkanlah cahaya disisinya
Ya Allah..
Sesungguhnya Kau Maha Mendengar lagi Maha mengasihani..


Ameen.. Ya Rabb..al-Fatihah



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

5 Oktober..
Usai mendengar talkshow Tribute Buat Hati oleh Ust Rashidy Jamil Muhammad Ar-Rashid, masih terngiang-ngiang ditelinga pesanan akhir, "Hormatilah orang tua, hargailah mereka selagi ada.."

Malam tu hati yaya, tak senang sangat.. rasa susah hati.. xtahu la kenapa, nak call rumah, dah lewat pagi. Hanya pendamkan hasrat, ingat an nak call papa & mama pada keesokan harinya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

6 Oktober.. 2.30pm
Hp bergetar, angah call..emm time kuliah psikologi bersama Pn Rokiah.. Yaya matikan
panggilan..1 pesanan ringkas masuk..
"Along, keluar jap, papa excident"
Astagfirullahal'azim..
Darah yaya rasakan mengalir deras, minta izin daripada pensyarah untuk keluar sebentar buat panggilan..
" Angah! Biar betul nie papa excident?? Dapat tahu dari mana??"
"Jiran bagitau, along boleh balik tak? Nak gi jumpa penyelaras nak balik tengok papa"
Masuk je kelas, air mata tak mampu yaya tahan akhirnya empangan pecah juga.
Minta keizinan untuk pulang dengan segera. Puan Rokiah menghubungi Pn Hali (ketua program OT) & En Anwar (penyelaras & mentor yaya) untuk membenarkan pulang secara mengejut.

Hp bergetar lagi, no tak dikenali masuk.. Ya Allah siapa nie..
"Hello, Along ye.. balik ye bawa angah..Papa excident, nanti pengangkutan akak suruh Pak Cik Kuni (sahabat sekerja papa) ambil, dorang kat Cheras sekarang ni, tunggu ye"
Hp bergetar lagi..
"Hello ,along nenek & atuk duduk mana? Nanti singgah bawa mereka balik sekali ye.."
Aduh!! Binggung!

Hp bergetar lagi, sahabat yaya Mumtaz
"Hello Dayah, betul ke I dengar your dad dah xda.. You sabar k.."
"???? Apa yang You merepek nie??!! My dad still kat hospital, dia ok"

Yaya terus matikan talian, otak tak mampu berfikir secara waras.. subhanallah..Sementara menunggu En. Anwar menguruskan surat menyurat untuk pulang..

Hp bergetar lagi, sahabat yaya, Aien (ayah aien kwn ayah yaya, sama-sama anggota polis. yaya kawan dengan aien sejak sekolah rendah lagi)
"Hello Dayah, Aien dah dengar ayah aien gitau, ayah dayah dah tak da..Sabar ye dayah.."
????Binggung "Ayah dayah kat hospital lah..Dia tunggu dayah, jap lagi nak balik tgk dia"
"Dayah, apa dayah merepek nie?"
Yaya merepek atau Aien???!
talian dimatikan..

Ya Allah, Hanya Allah Maha Mengetahui perasaan yaya & angah tika tu..
Tiap kali call yang mengatakan papa sudah tiada..
kami akan deny dengan memarahi mereka merepek yang bukan-bukan.. Maafkan kami, fahamilah keadaan kami tika itu..di alam separa sedar..

Yaya terus buat panggilan kpd waris yaya yang terdekat disini.. pada mulanya call Mak Teh. Mak Teh masih dalam berpantang anak kelima. Yaya just inform papa excident dan nak pulang ke rumah dengan segera.
. Yaya terus call Cik Uda (adik arwah papa) inform papa excident, yaya nak balik!

Bercampur baur perasaan, binggung semuanya ada.. Setengah jam juga menunggu akhirnya dapat panggilan daripada Uda Latif ( biras papa & yg menguruskan papa, ya Allah moga Allah berkatimu Uda).
Uda: Hello Along, tenang ye, jangan risau, uda uruskan semua kat sini..
Yaya: ?? binggung.. uruskan ape???
Uda: Jenazah papa..

Ya Allah bagai nak gugur jantung, Pa pergi juga, ya terjelepuk jatuh dengan linangan air mata.. Aku kene terima hakikat walaupun pahit untuk ditelan..
Sahabat2 semuanya turun untuk memberi semangat, ada yang turut menangis simpati dengan keadaan kami..Terima kasih sahabat2, moga Allah berkati kamu semua..

Tiba sahaja di perkarangan rumah, orang ramai di halaman, khemah putih telah didiri.. Ya Allah Kau kuatkanlah hatiku.. Yaya berlari ke pintu rumah, dari jauh kelihatah sekujur tubuh yang amat aku sayangi, disisinya kelihatan bonda yang lemah longlai ditemani adik-adikku. Kaki bagai tidak terpijak ditanah, tidak mampu teruskan langkah, akhirnya dipapah masuk untuk melihat wajah kesayangan buat kali terakhir..

Ucapan salam ku beri, papa kelihatan seperti tidur dengan nyenyak, air mata ku tahan, ku kucup dahi papa..sejuk.. Pa, maafkan along pa.. Terlalu sebak, tak mampu ku ungkap perasaan tika itu.. Mama kelihatan sangat lemah, "Along, angah redha ye nak.." membuatkan aku bertambah sayu..

Adik-adik yaya kucup dahi papa buat kali terakhir, kecuali Amirul (Ayoi).. Si kecil yang tidak tahu apa-apa.. Dia mengelak dengan alasan dia belum mandi lagi. Teringat tika hayat papa, papa selalu pesan kat Ayoi, kalau nak cium pi mandi dulu baru leh cium papa.. Sebak~

Jenazah dikebumikan selepas solat Asar jam 6:30 petang hari kejadian di tanah perkuburan Islam di Duyong.

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan para solihin.

al-Fatihah..

Sunday, September 12, 2010

Last Breath

LAST BREATH

From those around I hear a Cry,
A muffled sob, a Hopeless sigh,
I hear their footsteps leaving slow,
And then I know my soul must Fly!
A chilly wind begins to blow,
Within my soul, from Head to Toe,
And then, Last Breath escapes my lips,
It's Time to leave. And I must Go!
So, it is True (But it's too Late)
They said: Each soul has its Given Date,
When it must leave its body's core,
And meet with its Eternal Fate.
Oh mark the words that I do say,

Who knows? Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay!
Come on my brothers let us pray
Decide which now, Do NOT delay!
Oh God! Oh God! I cannot see!
My eyes are Blind! Am I still Me
Or has my soul been led astray,
And forced to pay a Priceless Fee
Alas to Dust we all return,
Some shall rejoice, while others burn,
If only I knew that before
The line grew short, and came my Turn!
And now, as beneath the sod
They lay me (with my record flawed),
They cry, not knowing I cry worse,
For, they go home, I face my God!
Oh mark the words that I do say,
Who knows, Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay !
Come on my brothers let's pray
Decide which now, do not delay ....


Last Breath sung by Ahmed Bukhatir


Lately, hanya ku dengari satu persatu hamba Allah kembali ke rahmatullah..

innalillahi wa inna ilaihi rajiun

kullun nafsin za ikatul maut. setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati..

Kematian itu pasti..

Nyawa hanya pinjaman sementara..


" Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya. "
- Surah Ali Imran (3): 185 -

Friday, September 10, 2010

“Kullu ‘am, wa antum bi khair”

Bismilahirrahimanirrahim..

“Semoga sepanjang tahun ini,
kamu berada dalam kebaikan”

Salam Aidilfitri
Minal 'aidin wal fa'izin..

Indahnya ukhuwwah ini
dikala lupa ada yang mengingati
dikala tersilap ada yang menasihati
di dunia jasad & di hatinya menemani
di kubur nanti pasti doanya mengiringi..
kita tidak mencari sekelumit redha manusia
yang kita cari redha Illahi

Sayunya hati tika Ramadhan kian berlalu pergi..
Moga dipanjangkan usia untuk bertemu yang akan datang
Moga hidup kita sentiasa diberkati Allah

"Taqabbalallahu minna waminkum, taqabbal minhu Ya Kareem"

Moga-moga Allah terima amalan kita dan amalan kalian..

Salam Aidilfitri 1431H
daripada Nur Hidayah & keluarga:)

Jemput bertandang ziarah ke teratak kami :)

No.42 Jalan SD 2/9 Taman Seri Duyong Seksyen 2
75460, Melaka